Thursday 10 April 2014

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru-guru,dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik.

Hadirin sekalian,

          Kata “membazir “bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga ada yang terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika kita benar-benar memerlukannya. Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.

          Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah satu pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu ,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

          Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil berkenaan.

Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan terpaksa dicatu.

          Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan saya ini. Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.

          Sekian,terima kasih.

Tajuk : Anda menyertai pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk yang telah anda pilih ialah ‘ Faedah Membaca’

          Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

          Tajuk syarahan saya ialah ‘ Kepentingan Membaca’. Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua. Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

Saudara dan saudari sekalian,

Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di kedai-kedai dan sebagainya.

          Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasaan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.

          Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.

          Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.

Kamu telah menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Hijau yang telah diadakan di sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu ialah Menjaga Alam Sekitar. Tuliskan syarahan kamu itu.

          karangan syarahan "menjaga alam sekitar"






    Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah ‘Menjaga Alam Sekitar’.

Hadirin hadirat sekalian,

          Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar.

          Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap-asap kotor daripada kenderaan dan kilang-kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

          Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.

          Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.

          Sekian, terima kasih

Saturday 25 January 2014

Contoh Karangan Jenis Syarahan:  Merokok Membahayakan kesihatan


 Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati guru-guru sekolah Zon Maharani, Muar, para hakim yang adil lagi bijaksana serta hadirin yang saya hormati sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertujuk ‘ Merokok Membahayakan kesihatan’.                                       Hadirin yang saya hormati,                                                                             Dewasa ini pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya merokok. Pelbagai lapisan masyarakat terlibat dengan masalah ini sama ada kaum lelaki, perempuan, pelajar dan lain-lain lagi.                           Para hadirin sekalian,
        Terdapat pelbagai kesan kepada kesihatan jika kita merokok. Barah paru-paru merupakan salah satu penyakit yang sering menyerang perokok. Penyakit ini amat sukar untuk diubati. Selain itu, perokok juga boleh dihidapi penyakit batuk berdarah. Penyakit gusi, gigi berdarah dan mulut berbau busuk juga merupakan penyakit yang wujud akibat merokok.                                                      Merokok bukan sahaja memudaratkan perokok tetapi boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Bagi wanita yang sedang mengandung, merokok bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi juga bayi yang dikandung. Kemungkinan bayi yang dilahirkan nanti akan cacat.                                                                                                Melihat akan bahayanya merokok kepada kesihatan, maka marilah kita bersama-sama membuang tabiat merokok dan menjauhinya. Sekian dahulu syarahan saya, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

Friday 24 January 2014

SAMBUTAN HARI GURU

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru tidak mengajar tetapi diraikan dengan meriah.
Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Ini diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran dan seterusnya Pengarah  Pelajaran Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul selepas itu.
Persembahan guru-guru menggamatkan suasana. Ada yang mendeklamasikan sajak, ada guru yang menyanyi, ada yang berlakon dan tidak kurang pula yang menggayakan pakaian beragam. Bakat yang ada pada guru-guru ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari Guru.
Acara sukan juga diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid. Sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola baling. Acara sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana pelbagai ragam dapat disaksikan.
Selepas acara permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru dimulakan. Pada hari ini,guru-guru mendapat banyak hadiah daripada murid-murid. Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi anak bangsa.
Acara terakhir adalah jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana diberi sambutan yang sebegini meriah. Ini menguatkan azam mereka untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

Thursday 23 January 2014

                                                               karangan kiriman rasmi          




Muhamad Kamarul Bin AhmadBlok A-13 ,Taman Pauh Indah,10358 KangarPerlis.___________________________________________Guru Kelas 5 CempakaSek. Keb. Tanjong JejawiJalan Raja Putra,10560, Ulu PauhPerlis.                              28/07/2012Tuan/ Puan,PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAHMerujuk pernyataan diatas , saya Ahmad Bin Latif waris penjaga Muhamad Kamarul B. Ahmad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 27/07/2012 .2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula 26/07/2012 setelah pulang dari sekolah.3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 26/07/2012 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor djchef bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.Sekian terima kasih.Yang Benar,(Ahmad Bin Latif)


  karangan autobiografi
"AKU SEBUAH KOMPUTER RIBA"





Aku sebuah komputer bernama Acer. Aku diperbuat dan dipasang di Jepun dengan menggunakan plastik, aluminium dan besi. Warna tubuh aku hitam dan perak.

         Setelah siap dipasang, bahagian tubuh aku seperti papan kekunci dan monitor telah dimasukkan ke dalam kotak. Kemudian aku telah dibawa ke pelabuhan untuk dieksport. Bersama teman-teman yang lain, aku telah belayar menaiki kapal menuju ke negara Malaysia.

         Apabila sampai di Malaysia, aku telah dibawa oleh sebuah van menuju ke sebuah kedai komputer di Melaka. Di sana aku telah dipamerkan bersama rakan-rakan yang lain. Aku gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai jenama dan warna.  

         Setelah beberapa hari, datang seorang wanita ke kedai komputer tersebut. Dia berminat dengan rupa dan spesifikasi yang terdapat padaku. Setelah berpuas hati dengan ciri-ciriku, wanita itu pun membeliku lalu dibawa pulang ke rumah. Aku berasa begitu seronok kerana mempunyai tuan yang baru dan tidak sabar-sabar untuk memberikan khidmatku.

         Aku telah diletakkan di atas sebuah meja di dalam bilik bacaan. Tuan aku menggunakan aku untuk menaip kertas kerjanya dan juga membuat bahan-bahan grafik Aku telah menjalankan tugasku dengan penuh gembira dan lancar. Aku berbangga kerana dapat berbakti kepada tuan aku. 

         Setelah beberapa tahun digunakan, aku sering mengalami kerosakan kerana diserang virus komputer. Akhirnya, tuan aku telah membeli sebuah komputer baru yang lebih canggih. Sejak itu aku diletakkan di sudut bilik dan tidak digunakan lagi.

                                                        karangan tindakan:membantu kawan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Pada suatu pagi, semasa aku pulang ke kelas selepas waktu Pendidikan Jasmani, aku ternampak seorang murid terbaring di tengah padang sekolah. Aku pun pergi ke arah murid tersebut. Rupa-rupanya murid itu ialah rakan sekelasku iaitu Ain. Aku berasa cemas lalu terus memanggil rakan-rakanku yang masih berada berhampiran padang sekolah.


Aku berasa bimbang melihat keadaan Ain yang pucat. Tiba-tiba aku terlihat Cikgu Zakini di hujung padang. Tanpa berlengah aku segara memanggilnya dengan cemas. Kemudian, Cikgu Zakini bergegas menuju ke arah kami untuk mengetahui apa yang berlaku.


Cikgu Zakini terus meminta kami membawa Ain ke kantin. Setelah berbincang dengan cikgu-cikgu lain, akhirnya mereka bersetuju supaya Ain dibawa ke klinik dengan segera. Cikgu Zakini meminta aku menemaninya untuk menghantar Ain ke klinik. Sesampainya di klinik, aku membantu Cikgu Zakini memapah Ain masuk ke bilik doktor. Kemudian, aku diminta oleh doktor supaya menunggu di luar bilik sahaja. Aku gelisah kerana berasa amat bimbang akan keadaan Ain semasa menunggu di situ.


Tidak lama kemudian, Cikgu Zakini keluar sambil memapah Ain. Aku berasa sungguh gembira apabila melihat Ain telah pun sedar. Cikgu Zakini memberitahu aku bahawa Ain pengsan akibat pening kepala dan demam. Sebaik sahaja Cikgu Zakini selesai mengambil ubat, aku membantu Cikgu Zakini memapah Ain masuk ke dalam kereta. Kemudian, kami menghantar Ain ke rumahnya. Ibu bapanya mengucapkan terima kasih kepada kami atas bantuan itu.
Keesokan harinya, aku mengajak beberapa orang rakanku melawat Ain. Kami membawa sedikit buah tangan untuk Ain. Aku dan rakan-rakanku gembira apabila melihat keadaan Ain yang sudah semakin sembuh.

Monday 13 January 2014

KARANGAN AUTOBIOGRAFI
“HAIWAN PELIHARAAN SAYA”

Kebanyakkan orang ada memelihara haiwan di dalam rumah mereka.Antara haiwan-haiwan yang dipelihra seperti burung.kucing,ikan,arnab dan anjing.saya juga mempunyai haiwan peliharaan yang saya sayangi.

Antara haiwan peliharaan kesayangan saya ialah kucing.Nama kucing saya ialah Hero.kucing saya merupakan kucing daripada baka parsi.Jiran saya yang memberikan kucing itu.Kucing saya ialah seekor kucing jantan.Kucing saya berusia dalam lingkungan 2 tahun.Bulu kucing saya berwarna hitam bercampuran putih dan panjang.Bulu kucing saya sangat lebat dan lembut.Mata kucing saya berwarna biru terang.

Kucing saya merupakan kucing yang agak agresif.Kucing saya ini amat peka dengan persekitarannya.Kucing saya sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Kucing saya tidak pernah duduk diam pada waktu siang hari.

Saya selalu memandikan kucing saya sekali dalam seminggu.Saya menggunakan syampu khas ketika memandikannya.Makanan yang kucing saya sukai ialah ikan.Kucing saya suka pelbagai air seperti susu,milo dan air biasa.Kadang-kadang,saya membawa kucing saya bersiar-siar di halaman rumah.kucing saya sangat suka mengejar rama-rama.

Pada suatu hari,kucing saya yang bernama Hero itu hilang.Saya dan keluarga mencari Hero di merata tempat.Saya juga menampal poster gambar Hero di setiap tempat,tetapi hero tidak dijumpai.Selang beberapa hari,ada seorang pemuda yang bernama Pak Sam terjumpa bangkai kucing yang serupa dengan Hero.Memang bangkai kucing itu adalah”Hero”.Apabila saya terdengar cerita ini saya amat terkejut sehingga saya hampir pengsan.Saya kebumikannya di hujung penjuru halaman rumah saya.

Saya berjanji,yang saya tidak akan cuai dalam tugas saya menjaga kucing.Agar kucing yang saya pelihara di masa yang lain tidak akan terjadi begini.

                                                   DARI PADA:
AINA ATHIRAH