Saturday 25 January 2014

Contoh Karangan Jenis Syarahan:  Merokok Membahayakan kesihatan


 Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati guru-guru sekolah Zon Maharani, Muar, para hakim yang adil lagi bijaksana serta hadirin yang saya hormati sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertujuk ‘ Merokok Membahayakan kesihatan’.                                       Hadirin yang saya hormati,                                                                             Dewasa ini pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya merokok. Pelbagai lapisan masyarakat terlibat dengan masalah ini sama ada kaum lelaki, perempuan, pelajar dan lain-lain lagi.                           Para hadirin sekalian,
        Terdapat pelbagai kesan kepada kesihatan jika kita merokok. Barah paru-paru merupakan salah satu penyakit yang sering menyerang perokok. Penyakit ini amat sukar untuk diubati. Selain itu, perokok juga boleh dihidapi penyakit batuk berdarah. Penyakit gusi, gigi berdarah dan mulut berbau busuk juga merupakan penyakit yang wujud akibat merokok.                                                      Merokok bukan sahaja memudaratkan perokok tetapi boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Bagi wanita yang sedang mengandung, merokok bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi juga bayi yang dikandung. Kemungkinan bayi yang dilahirkan nanti akan cacat.                                                                                                Melihat akan bahayanya merokok kepada kesihatan, maka marilah kita bersama-sama membuang tabiat merokok dan menjauhinya. Sekian dahulu syarahan saya, saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment