Thursday 23 January 2014

                                                        karangan tindakan:membantu kawan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Pada suatu pagi, semasa aku pulang ke kelas selepas waktu Pendidikan Jasmani, aku ternampak seorang murid terbaring di tengah padang sekolah. Aku pun pergi ke arah murid tersebut. Rupa-rupanya murid itu ialah rakan sekelasku iaitu Ain. Aku berasa cemas lalu terus memanggil rakan-rakanku yang masih berada berhampiran padang sekolah.


Aku berasa bimbang melihat keadaan Ain yang pucat. Tiba-tiba aku terlihat Cikgu Zakini di hujung padang. Tanpa berlengah aku segara memanggilnya dengan cemas. Kemudian, Cikgu Zakini bergegas menuju ke arah kami untuk mengetahui apa yang berlaku.


Cikgu Zakini terus meminta kami membawa Ain ke kantin. Setelah berbincang dengan cikgu-cikgu lain, akhirnya mereka bersetuju supaya Ain dibawa ke klinik dengan segera. Cikgu Zakini meminta aku menemaninya untuk menghantar Ain ke klinik. Sesampainya di klinik, aku membantu Cikgu Zakini memapah Ain masuk ke bilik doktor. Kemudian, aku diminta oleh doktor supaya menunggu di luar bilik sahaja. Aku gelisah kerana berasa amat bimbang akan keadaan Ain semasa menunggu di situ.


Tidak lama kemudian, Cikgu Zakini keluar sambil memapah Ain. Aku berasa sungguh gembira apabila melihat Ain telah pun sedar. Cikgu Zakini memberitahu aku bahawa Ain pengsan akibat pening kepala dan demam. Sebaik sahaja Cikgu Zakini selesai mengambil ubat, aku membantu Cikgu Zakini memapah Ain masuk ke dalam kereta. Kemudian, kami menghantar Ain ke rumahnya. Ibu bapanya mengucapkan terima kasih kepada kami atas bantuan itu.
Keesokan harinya, aku mengajak beberapa orang rakanku melawat Ain. Kami membawa sedikit buah tangan untuk Ain. Aku dan rakan-rakanku gembira apabila melihat keadaan Ain yang sudah semakin sembuh.

No comments:

Post a Comment